Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bebas atau bela diri, nasib Ismahalil diketahui 27 Feb

today25 January 2023

Background



Ismahalil Hamzah mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6g di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada penyampai radio Ismahalil Hamzah dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu akan diketahui 27 Feb ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada pihak pendakwaan yang berpendapat wujud kes prima facie terhadap Ismahalil, maka dia akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya, lelaki itu dilepas dan dibebaskan.

Peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili tertuduh ketika dihubungi hari ini mengesahkan tarikh keputusan itu dan memaklumkan Hakim Muhammad Jamil Hussin dijadual membacakan keputusan pada akhir kes pendakwaan itu pukul 9 pagi.

“Sebelum ini, perbicaraan berlangsung pada 19, 20 dan 31 Okt 2022, kemudian bersambung pada 3 dan 9 Jan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

NSFC guna lima import

Seremban: Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) dijangka hanya menggunakan khidmat lima pemain import berbanding sembilan yang dibenarkan, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

today25 January 2023