Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bebas tuduhan, nama saya, Umno dan Johor Bahru dah bersih, kata Shahrir

today5 January 2023

Background



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Shahrir atas tuduhan gagal mengisytiharkan kepada LHDN wang RM1 juta yang diterima daripada Najib Razak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas pengerusi Felda Shahrir Samad berkata, kini namanya, Umno dan Johor Bahru telah bersih susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM1 juta.

Namun Shahrir, yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, beliau masih bersedih kerana kes ini memberikan gambaran buruk mengenai dirinya.

“Sepatutnya saya gembira atas pembebasan ini tetapi saya sedih, sebab kes ini telah memberi gambaran kepada rakyat bahawa saya seorang Ahli Parlimen dan pemimpin Umno yang (terbabit dengan) rasuah serta tidak berintegriti.

“Sedangkan, saya buat kerja dengan ikhlas, malah saya sudah maklumkan kepada pihak berkuasa kenapa saya ambil wang itu dan mengapa saya minta tolong daripada Najib,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post