Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Beberapa kampung di Taiping dilanda banjir kilat

today4 November 2022

Background



Hujan lebat menyebabkan beberapa kampung di Bukit Gantang, Taiping dilanda banjir kilat. (Gambar Facebook)

IPOH: Beberapa kampung di sekitar Bukit Gantang, Taiping dilanda banjir kilat sejak petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.39 petang berkaitan banjir kilat yang melibatkan hampir 50 mangsa.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati berlaku banjir kilat sedalam satu setengah kaki berpunca daripada hujan lebat yang melibatkan beberapa kawasan.

“Kampung yang terlibat ialah Kampung Cheh, Kampung Senduk Hulu, Kampung Bukit Cempedak dan Kampung Changkat Ibol,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini, pusat pemindahan sementara belum dibuka dan sesetengah mangsa banjir telah diselamatkan serta dipindahkan ke rumah jiran berhampiran.

Previous…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post