
PUTRAJAYA: Hujan lebat berterusan selama satu jam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dilanda banjir kilat.
Dalam kejadian 3 petang itu, kawasan di Persiaran Seri Perdana di Presint 10, kuarters kerajaan Presint 11 A dan Klinik Kesihatan Presint 9 ditenggelami air kira-kira 0.3 meter.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Afizi Zolkifli berkata seramai 20 anggota digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.30 petang.
Beliau berkata kejadian disyaki berpunca akibat laluan air ke longkang yang tersumbat dan anggota bomba telah membersihkan saluran terbabit.
“Air surut sepenuhnya beberapa jam kemudian dan tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara,” katanya ketika dihubungi hari ini
Sementara itu, Ketua Polis…