Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Skuad Vietnam berdepan dengan detik yang paling sukar apabila dijadualkan menentang gergasi Asia, Jepun dengan hanya 20 pemain dalam perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Saitama hari ini.
Menurut ketua jurulatih, Park Hang Seo, beberapa tonggak utama tidak dapat dibawa kerana mengalami kecederaan serius dan ada juga diantara mereka disahkan positif COVID-19.
“Situasi dalam skuad Vietnam kali ini tidak begitu bagus. Beberapa pemain disahkan positif, jadi hanya kami cuma ada 20 pemain yang dibawa ke Jepun. Banyak juga pemain yang mengalami kecederaan.
“Jepun pasukan yang kuat tetapi ini perlawanan terakhir, jadi kami akan lakukan yang terbaik. Mengenai bola sepak Jepun, saya tidak perlu mengulas panjang. Ini adalah tempat dimana terdapat sistem bola sepak yang bagus, mereka pasukan terbaik Asia dan mempunyai ramai pemain berkualiti,” katanya dalam sidang…