
PETALING JAYA: Kerajaan melaksanakan Akses Pihak Ketiga dalam industri bekalan elektrik negara bermula September ini, tanpa perlu melalui atau membeli daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.
Beliau yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air, berkata Akses Pihak Ketiga boleh membekalkan tenaga elektrik jika mereka memiliki pelanggan.
Fadillah berkata, pelaksanaan Akses Pihak Ketiga sebenarnya digariskan oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk dilaksanakan tahun depan.
“Bagaimanapun, menerusi perancangan dalaman Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, kita mahu awalkan pelaksanaan inisiatif itu.
“Ia berikutan minat tinggi ditunjukkan pelbagai pihak susulan pelabur luar yang banyak membina…