
GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan perkhidmatan bekalan air kepada semua 120,000 pengguna yang terjejas akibat kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai, Butterworth pada 23 Jan lepas, pulih sepenuhnya.
CEO K Pathmanathan berkata ia berikutan kerja-kerja pelan B bagi inisiatif respons kecemasan Sungai Perai berjaya disiapkan, iaitu 24 jam lebih awal daripada jadual.
“Dua saluran paip berukuran 600 milimeter (mm) yang baharu berjaya disambung merentasi Sungai Perai dan berfungsi seperti diharapkan.
“Setakat 3 petang tadi semua 120,000 pengguna mendapat bekalan air semula dan PBAPP sedang mengepam air dari Loji Rawatan Air Sungai Dua ke Pulau Pinang pada tahap optimum,’ katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata tarikh akhir yang ditetapkan untuk pemulihan bekalan air penuh sepatutnya ialah pada…