
PETALING JAYA: Gangguan bekalan air di Pulau Pangkor sejak awal bulan ini pulih sepenuhnya hari ini susulan langkah mitigasi oleh Lembaga Air Perak (LAP).
Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, negeri itu sedia menerima kehadiran pelancong ke pulau peranginan terbabit selepas masalah kebocoran di beberapa saluran paip rentas dasar laut selesai.
Katanya, paras kolam air di Pulau Pangkor menunjukkan trend peningkatan positif, manakala kawasan mengalami gangguan bekalan air termasuk Teluk Nipah, Teluk Dalam dan Sungai Pinang Kecil dilaporkan pulih sepenuhnya.
“Para penggiat pelancongan, termasuk pemilik chalet dan rumah inap yang terjejas akibat masalah bekalan air boleh kembali beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, LAP turut meningkatkan bekalan air ke paras optimum bagi daerah Manjung dan…