
KUALA LUMPUR: Bekalan beras putih tempatan dijangka meningkat sebanyak 450,000 tan metrik menjelang akhir tahun ini, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Azman Mahmood, berkata sasaran itu susulan musim penuaian di Kedah yang akan meningkatkan pengeluaran dan penghasilan beras putih tempatan.
Selain itu, katanya, kementerian turut memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan, antaranya sawah berskala besar dan empat langkah intervensi mengawal selia bekalan beras serta padi.
Antara empat langkah itu ialah mengadakan rundingan dengan 157 kilang komersial dengan menyerahkan 20% pengeluaran padi untuk diurus dan diedarkan kerajaan.
“Cara pengedaran kita gunakan syarikat pemborong besar, kita…