Agensi Antidadah Kebangsaan Pahang berkata urusan jual beli dadah kini lebih mudah dengan adanya media sosial.

KUANTAN: Bekalan dadah yang mesra pelanggan atau “di hujung jari” dilihat antara faktor menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih di Pahang pada tahun ini, kata Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri Zirwatul Ahlam Zamzam.
Beliau berkata sehingga Mei lepas sahaja sebanyak 2,515 penagih telah direkodkan, melebihi jumlah penagih yang dicatatkan pada tahun lepas seramai 2,308 individu.
“Masalah penyalahgunaan dadah di negeri ini masih terkawal namun terdapat peningkatan sedikit pada tahun ini yang kita lihat bekalan dadah yang dikatakan sebagai mesra pengguna telah menyumbang kepada peningkatan jumlah penagih.
“Kalau dahulu mungkin ada satu ‘pot’ untuk dapatkan…