
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Ampang melepaskan dan membebaskan bekas Adun Air Putih, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, daripada pertuduhan mencabul isteri kepada rakannya, empat tahun lepas.
Majistret Amalina Basirah Md Top memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap Wan Ahmad, 58, di akhir kes pendakwaan.
“Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil untuk membela diri,” katanya.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, manakala Wan Ahmad diwakili Haijan Omar, Nik Zarith Nik Moustpha, dan Asyraf Abu Bakar Hamzah.
Perbicaraan kes itu bermula 5 Okt 2022, dengan seramai tiga saksi pendakwaan memberikan keterangan.
Pada 29 Jun 2021, Wan Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah kepada mangsa berumur…
