Hot FM

Bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman



Nawawi Ahmad menjadi Ahli Parlimen Langkawi pada 2013 sebelum tewas kepada Dr Mahathir Mohamad pada PRU14. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad, 61, meninggal dunia di Frankfurt, Jerman, awal pagi ini.

Nawawi yang juga ketua Umno Langkawi dilaporkan meninggal dunia, 3 pagi dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Umno Langkawi, Nor Saidi Nanyan, lapor Berita Harian.

Nor Saidi berkata, beliau difahamkan Allahyarham ke Frankfurt bagi urusan kerja atas kapasiti beliau sebagai ahli lembaga pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Pemergian beliau ke sana turut ditemani isterinya, Sabariah Hassan dan saya difahamkan jenazah akan dikebumikan di Frankfurt,” katanya.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Langkawi sejak 2013 namun gagal mempertahankan Parlimen itu selepas tewas kepada Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sebelum itu, beliau adalah ADUN Kuah dua penggal bermula 2004 sebelum…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version