Nor Azrina Surip antara 10 anggota SPAN yang menerima watikah pelantikan mereka pagi tadi.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Merbok daripada PKR, Nor Azrina Surip dilantik menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
SPAN dalam catatan di Facebook berkata, Azrina bersama sembilan individu lain menerima watikah pelantikan daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pagi tadi.
Beliau menyertai bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago yang dilantik semula untuk mengetuai suruhanjaya itu bulan lalu. Santiago memegang jawatan itu dari 1 Nov 2018 hingga 31 Okt 2020 ketika Pakatan Harapan berkuasa.
Azrina memiliki ijazah sarjana dalam kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Sains Malaysia dan ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari…
