
KUALA LUMPUR: Anggota GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), termasuk kanak-kanak didakwa didoktrin untuk mempercayai pemimpin mereka dilantik Rasulullah, Imam Mahdi serta guru mursyid dari alam ghaib.
Seorang bekas anggota GISBH mendedahkan pemimpin mereka juga mendakwa mampu berhubung dengan Rasulullah melalui yaqazah (dalam keadaan sedar) dan segala arahan daripada pemimpin wajib ditaati sepenuhnya.
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 36, mendakwa pendidikan di sekolah kendalian GISBH menjadi platform menanam ketaasuban ahli, terutama dalam kalangan kanak-kanak terhadap pemimpin mereka.
Menurutnya, silibus dicipta sendiri di sekolah terbabit lebih menekankan kata-kata dan tulisan pemimpin, manakala pelajaran lain seperti fardu ain hanya diajar pada tahap asas.
“Pengajaran dalam kelas hanya…