
PETALING JAYA: Bekas ketua pegawai eksekutif AmBank Ashok Ramamurthy cuba menyembunyikan salah laku ketika menerajui bank itu, menurut bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz.
Zeti, saksi ke-46 pendakwaan pada perbicaraan 1MDB Najib Razak, ditanya mengenai percanggahan antara kenyataannya dengan kenyataan Ashok mengenai pertemuan mereka untuk membincangkan pembukaan akaun Ambank Najib.
Ashok sebelum ini berkata, beliau menghantar beberapa surat kepada Zeti untuk memaklumkannya mengenai dana yang masuk ke akaun Najib, didakwa dari Arab Saudi.
Bagaimanapun, ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib hari ini, Zeti menafikan menerima maklumat itu.
“(Ashok) mahu menutup kesalahannya ketika menjadi CEO,” katanya ketika diperiksa semula oleh Akram,…