
Seorang bekas ketua pegawai eksekutif badan berkanun kerajaan dan pengerusi sebuah syarikat direman bagi membantu siasatan skandal urus niaga saham dipercayai menyebabkan kerugian lebih RM300 juta kepada dana awam.
Perintah reman selama empat hari hingga 12 April ini dikeluarkan Majistret Azeren Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, susulan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an dan 50-an itu ditahan kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada tahun 2022 hingga 2023.
“Siasatan turut mendapati urus niaga penjualan saham tersebut dipercayai melibatkan penilaian harga yang tidak munasabah (overvaluation) dan tidak setimpal sehingga…