Hot FM

Bekas CFO, CEO TH didakwa perdaya lembaga pengarah bayar hibah RM3.13 bilion


kompleks mahkamah kuala lumpur
Bekas ketua pegawai kewangan TH, Rozaida Omar dan bekas ketua pegawai eksekutif, Johan Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur perdaya ahli lembaga pengarah berkait pembayaran hibah berjumlah RM3.3 bilion bagi tahun kewangan 2017.
PETALING JAYA:

Dua bekas pegawai kanan Lembaga Tabung Haji (TH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan memperdaya ahli lembaga pengarah berkait pembayaran hibah berjumlah RM3.3 bilion bagi tahun kewangan 2017.

Bekas ketua pegawai kewangan TH, Rozaida Omar dan bekas ketua pegawai eksekutif, Johan Abdullah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, Rozaida, 63, dan Johan, 70, didakwa secara bersama memperdaya ahli lembaga pengarah TH dengan mendorong mereka meluluskan penilaian semula hartanah pelaburan organisasi berkenaan yang dilambungkan nilainya.

Mereka didakwa menyediakan dan membentangkan kertas kerja mengandungi penilaian hartanah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version