Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas eksekutif Maxis dipecat secara tak adil dapat pampasan RM1 juta

today21 January 2025

Background


mahkamah perusahaan malaysia
Tung Yoke Leng diberi gaji tertunggak dan pampasan RM1,036,640 selepas Maxis Broadband Sdn Bhd secara tidak adil menamatkan perkhidmatannya atas alasan prestasi buruk. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi dianugerahkan pampasan lebih RM1 juta bagi pemecatan yang tidak adil, selepas Mahkamah Perusahaan memutuskan majikan bertindak dengan niat yang tidak baik.

Pengerusi mahkamah, S Vanithamany, berkata keputusan Maxis Broadband Sdn Bhd untuk menamatkan perkhidmatan Tung Yoke Leng selepas 25 tahun tidak dibuat dengan alasan tidak adil.

Dia mengarahkan syarikat itu membayar Tung RM416,640 sebagai gaji tertunggak selepas menolak 30% daripada jumlah keseluruhan dengan mengambil kira pendapatan ketika diberhentikan.

Tung, yang gaji terakhirnya adalah RM24,800, turut diberikan tambahan RM620,000 sebagai pampasan sebagai ganti pengembalian semula.

Secara keseluruhan, mahkamah menganugerahkan Tung RM1,036,640.

Tung, yang menyertai syarikat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post