
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan bekas Exco Abdul Latif Bandi dan dua individu lain, termasuk anak lelakinya, atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta lima tahun lepas
Pada 14 Jun 2017, Abdul Latif, anaknya Ahmad Fauzan Hatim dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 49, didakwa atas 33 tuduhan rasuah dan empat tuduhan pengubahan wang haram. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
Mereka didakwa bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.