
PUTRAJAYA: Bekas hakim mahkamah sesyen dan seorang ahli perniagaan gagal dalam rayuan terakhir untuk mendapatkan semula RM182,000 yang dilucut hak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) empat tahun lalu.
Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Vazeer Alam Mydin Meera, berkata Mahkamah Tinggi tidak khilaf dalam undang-undang dan fakta membenarkan kerajaan membuat perlucuthakan wang tersebut.
“Kami mendapati SPRM memenuhi semua syarat di bawah undang-undang dalam imbangan kebarangkalian untuk membuktikan kes,” kata Vazeer, yang bersidang bersama Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim SM Komathy Suppiah.
Beliau berkata, Mahkamah Tinggi juga telah mempertimbangkan versi dikemukakan kedua-dua perayu dalam membuat keputusan menolak rayuan.
Pada 23 Nov 2021, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan kerajaan melucut hak wang berkenaan yang didapati dalam kamar…
