
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dihantar bekas hakim Mahkamah Sesyen memohon mengekalkan hukuman penjara sehari dan denda RM12,000 yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Azmil Muntapha Abas, 50, pada asalnya disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam dan dihukum penjara enam bulan serta denda RM25,000, kerana menerima rasuah RM5,000 yang berkaitan dengan prosiding mahkamah dikendalikannya.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Ezlin Yusop Khan memaklumkan Mahkamah Rayuan, AGC telah mempertimbangkan representasi Azmil Muntapha dan memutuskan untuk menolaknya.
Pihak pendakwaan memohon untuk mengembalikan hukuman asal enam bulan penjara dan denda RM25,000 yang dijatuhkan…