Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas juruhebah Kool FM dapat pampasan RM56,000

today30 September 2024

Background


gavel
Khairu Norliza Khairudin memfailkan kes selepas kontraknya ditamatkan pada 1 Ogos 2018. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memberikan pampasan RM56,000 kepada bekas juruhebah radio Khairu Norliza Khairudin selepas memutuskan beliau dipecat secara salah pada 2018.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Lee Swee Seng dan Azimah Omar, serta Hakim Mahkamah Tinggi Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat perintah itu selepas membenarkan rayuan Khairu Norliza terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengetepikan pampasan yang diberikan Mahkamah Perusahaan.

Lee, yang mempengerusikan panel itu, bagaimanapun mengurangkan jumlah pampasan RM133,000 yang diberikan Mahkamah Perusahaan kepada RM56,000, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata jumlah pampasan itu dikurangkan itu bagi menampung baki lapan bulan kontrak Khairu Norliza, 38, berdasarkan gaji bulanannya sebanyak RM7,000.

Hakim berkata keputusan Kool FM Radio Sdn Bhd untuk menukar status Khairu Norliza,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post