
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap bekas kelindan lori kerana membunuh nenek berusia 85 tahun, yang turut dirogol dan diliwat di flat warga emas itu, lima tahun lalu.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hadhariah Syed Ismail berkata, tiada merit dalam rayuan dikemukakan K Sathiaraj, 31.
“Sabitan adalah selamat dan kes ini bersesuaian dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi untuk dikekalkan,” katanya yang bersidang bersama Hakim Azman Abdullah and SM Komathy Suppiah.
Hukuman mati dijatuhkan pada 26 Ogos 2022, selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Sathiaraj gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Hakim Ab Karim Ab Rahman berkata tertuduh menyedari sepenuhnya bahawa tindakan dilakukan dan mempunyai niat menyebabkan kecederaan kepada si mati, dan bertindak…