
KLUANG: Bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, ditemukan mati di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, di sini, kira-kira 5 petang tadi.
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata mayat warga emas itu dijumpai oleh seorang penternak lembu yang sedang menguruskan ternakannya di kawasan itu.
Beliau berkata penemuan mayat terbabit masih dalam radius pencarian iaitu kira-kira 500 meter dari Sungai Melantai, yang juga merupakan rangkaian kepada Sungai Mengkibol.
“Pengesahan juga sudah dilakukan oleh anak mangsa, Mohamad Shahfullah, 29, yang turut hadir ke lokasi penemuan mayat ayahnya sebaik dimaklumkan.
“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Pusat…