Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas MB Perlis Hamid Pawanteh meninggal dunia

today1 December 2022

Background



Abdul Hamid Pawanteh menjadi menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995. (Gambar Bernama)

KANGAR: Bekas menteri besar Perlis Abdul Hamid Pawanteh meninggal dunia pada 3.15 petang tadi di kediamannya di Arau.

Beliau yang berusia 78 tahun meninggal dunia di sisi ahli keluarganya. Difahamkan Hamid menghidap penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu.

Hamid meninggalkan seorang isteri, Elham Hamid Abdullah dan lima anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki.

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995 sebelum digantikan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post