Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas MB Perlis mengaku tak salah 5 tuduhan ubah wang

today12 April 2023

Background


Azlan Man didakwa menerima RM1.06 juta daripada dua syarikat pelancongan antara 2014 hingga 2017.

Ini kali kedua Azlan Man dihadapkan ke mahkamah dalam minggu ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Perlis, Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas lima tuduhan pengubahan wang berjumlah RM1.06 juta.

Azlan, 64, didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 kerana menerima dana daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd serta Aidil Travel & Tours Sdn Bhd.

Wang itu didakwa dimasukkan ke akaun bank Azlan antara Februari 2014 dan Disember 2017.

Isnin lalu, Azlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima tuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi kemudahan cuti luar negara lebih RM1.18 juta antara 2013 dan 2017.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Ho Kit Yen


Previous post