
Bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir menegaskan di Mahkamah Tinggi tidak meminjam wang secara peribadi daripada pempengaruh dan ahli perniagaan, Aliff Syukri Kamaruzaman.
Ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Roslan Mat Nor dalam saman fitnah terhadap Aliff, Kadir berkata ahli perniagaan berusia 38 tahun itu telah memeterai perjanjian usaha sama dengan syarikat milik keluarganya, Pembangunan Utara Baru Sdn Bhd, dengan melabur RM30 juta pada 2018 bagi membangunkan projek dikenali sebagai ‘Buckingham By The Sea’ di Desaru, Johor.
Semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya, S Ravichandaran, Kadir telah dirujuk kepada perjanjian usaha sama itu dan mengesahkan peranan Aliff sebagai seorang pelabur.
Beliau juga ditanya sama ada syarikat tersebut telah membuat sebarang…