KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Pulau Pinang Hassan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan manakala Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 1446H/ 2024M.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh itu pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M, bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia Madani’ hari ini.
Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim diiringi isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar serta…