

Bekas naib presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Abidin Madingkir menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) selepas meninggalkan parti itu sebelum PRN Sabah pada November tahun lalu.
Beliau yang juga bekas Adun Paginatan itu bersama 30 lagi bekas ahli STAR menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Masidi Manjun, di Kota Kinabalu semalam.
Turut mengemukakan permohonan menyertai parti pimpinan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor itu ialah bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu Nordin Siman, menurut Berita Harian.
Abidin mendakwa lebih 3,000 penyokong STAR di Paginatan dijangka mengikut jejak langkahnya menyertai Gagasan Rakyat, yang menurutnya mengutamakan kepentingan Sabah dan rakyat negeri itu.
Abidin adalah antara lima pemimpin kanan STAR yang mengambil…