
KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai kewangan 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB Najib Razak bahawa beliau tidak tahu wang sejumlah USD699.3 juta telah dibayar kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Seychelles.
Azmi Tahir berkata wang terbabit bertujuan membeli balik 49% saham dipegang oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dalam anak syarikat 1MDB, iaitu 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB Energy Holdings Limited.
Katanya, 1MDB ingin mendapatkan kawalan semula ke atas kedua-dua anak syarikat sebelum menyenaraikannya di pasaran saham.
Saham 49% itu dipegang oleh anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS, kerana IPIC telah membantu 1MDB untuk menjamin bonnya yang berjumlah USD3.5 bilion pada 2012.
Azmi beritahu mahkamah yang beliau tidak tahu mengenai perbezaan antara Aabar Investments PJS dan Aabar Investments PJS Limited yang berdaftar di Seychelles, sehingga pihak berkuasa melancarkan…