Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas pegawai Ikram didakwa ubah wang haram RM18 juta

today25 June 2026

Background


Fakhrudin
Bekas pegawai Ikram Hulu Selangor, Fakhrudin Abd Karim, ketika didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alaam pada 16 Jun lalu atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM98.27 juta.
KUALA LUMPUR:

Bekas pegawai NGO Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan transaksi hampir RM18 juta bagi membayar rumah banglo, kad kredit dan kenderaan mewah.

Fakhrudin Abd Karim, 57, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut pertuduhan, Fakhrudin didakwa atas empat tuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM10.54 juta daripada akaun Ehsan Cares Solution Sdn Bhd bagi pembayaran pembinaan sebuah banglo di Bandar Kundang, Gombak.

Dia juga didakwa atas tiga tuduhan memindahkan RM2.66 juta daripada akaun sama bagi pembayaran kad kredit miliknya dan 10 tuduhan memindahkan RM4.79 juta daripada akaun sama ke akaun dua syarikat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nur Alif Hazmi


Previous post

Sukan

Jepun buru status juara kumpulan

Dallas: Pengendali Jepun, Hajime Moriyasu menegaskan pasukannya hanya mensasarkan kemenangan apabila menentang Sweden dalam aksi terakhir Kumpulan F, awal pagi esok, sambil berharap keputusan itu cukup untuk membawa mereka mara selaku juara kumpulan.

today25 June 2026