
Bekas pegawai NGO Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan transaksi hampir RM18 juta bagi membayar rumah banglo, kad kredit dan kenderaan mewah.
Fakhrudin Abd Karim, 57, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.
Mengikut pertuduhan, Fakhrudin didakwa atas empat tuduhan memindahkan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM10.54 juta daripada akaun Ehsan Cares Solution Sdn Bhd bagi pembayaran pembinaan sebuah banglo di Bandar Kundang, Gombak.
Dia juga didakwa atas tiga tuduhan memindahkan RM2.66 juta daripada akaun sama bagi pembayaran kad kredit miliknya dan 10 tuduhan memindahkan RM4.79 juta daripada akaun sama ke akaun dua syarikat…