
PETALING JAYA: Sekumpulan bekas pegawai kanan tentera sedang berusaha untuk memperbetulkan anomali berhubung pencen yang tidak menguntungkan veteran yang bersara sebelum 2013.
Pencen lebih besar diberikan kepada mereka yang bersara selepas perubahan dibuat kepada Akta Pencen pada 2013.
Diketuai bekas ketua staf angkatan tentera Nawi Alias, kumpulan itu terdiri daripada 12 pesara pegawai tentera udara, tentera darat dan tentera laut. Mereka telah bertemu untuk membincangkan tindakan seterusnya.
Nawi, bekas leftenan jeneral tentera udara, berkata salah pada mulanya untuk membiarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memutuskan pencen bekas anggota tentera kerana “semua gaji dan elaun dikawal oleh Majlis Angkatan Tentera”, iaitu pihak berkuasa tertinggi membuat keputusan untuk…