
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh atas dua tuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
Hakim K Muniandy membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen pada 15 Sept 2022 yang membebaskan Sabudin, 62, daripada kedua-dua pertuduhan di akhir kes pembelaan.
Bernama melaporkan, Sabudin dipenjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dengan hukuman berjalan serentak mulai hari ini.
Sabudin juga didenda RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan, atau penjara empat tahun jika gagal melunaskannya.
Bagaimanapun, Muniandy membenarkan permohonan peguam bela K Theivaendran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya…