Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas peguam negara antara 4 ahli baharu JAC

today18 November 2024

Background


Tempoh pelantikan Idrus Harun, Zainun Ali, Talat Mahmood Abdul Rashid and Hartini Saripan berkuatkuasa hingga 31 Oct 2026.

KUALA LUMPUR: Bekas peguam negara Idrus Harun adalah antara empat individu yang dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 1 Nov lalu.

Turut dilantik ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali, bekas hakim besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pensyarah Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Hartini Saripan.

Pejabat Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dalam kenyataan memaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik mereka sebagai ahli suruhanjaya berkenaan mengikut subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

“Pelantikan ini adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Nov 2024 hingga 31 Okt 2026,” menurut kenyataan itu.

Pelantikan baharu itu adalah bagi menggantikan Md Raus Sharif, Suriyadi Halim Omar, Abdul Razak Tready dan Shamrahayu Ab Aziz…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Van Riel juara triatlon dunia

Dubai: Atlet Belgium Marten Van Riel mengatasi cabaran sengit jaguh Jerman Rico Bogen untuk muncul juara Kejohanan Triatlon Dunia T100 yang kali pertama berlangsung di Dubai, semalam.

today18 November 2024