Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas pekerja syarikat hiburan didakwa tipu tiket konsert

today21 November 2024

Background


Thomas Lee Huat Sheng
Seorang bekas pekerja syarikat hiburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu melibatkan tiket tempat duduk konsert. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pekerja syarikat hiburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menipu melibatkan 36 keping tiket tempat duduk VIP konsert penyanyi antarabangsa, Andy Lau dan Jay Chou.

Thomas Lee Huat Sheng, 30, didakwa menipu seorang lelaki berusia 38 tahun dengan memperdaya mangsa dalam urusan mendapatkan 16 keping tiket tempat duduk VIP bagi konsert “Today…Is The Day Andy Lau Concert Tour 2024 In Malaysia” dan 20 tiket tempat duduk VIP bagi “Konsert Jay Chou’s Carnival World Tour 2024 Concert In Malaysia” yang urusan tersebut tidak wujud.

Konsert melibatkan Andy Lau berlangsung pada 24 hingga 27 Okt di Axiata Arena, Bukit Jalil manakala konsert Jay Chou pada 26 Okt di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perbuatan itu mendorong mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM67,608…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post