Berdasarkan kiraan pantas yang dilaporkan oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC), Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto, bakal menjadi presiden baharu negara itu setelah menerima lebih separuh undian dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres 2024).
Menurut laporan, Prabowo telah meraih hampir 60 peratus undian bersama-sama calon Naib Presiden beliau, Gibran Rakabuming Raka. Kemenangan ini memberi bayangan bahawa Prabowo mungkin tidak perlu melalui pusingan kedua Pilpres 2024…