Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas pemain boling negara Shirley Chow meninggal dunia

today2 November 2026

Background


Shirley Chow
Antara pencapaian Shirley Chow adalah memenangi pingat emas dalam acara bertiga wanita pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun serta pingat perak dalam acara beregu bersama Kwah. (Gambar Instagram )
KUALA LUMPUR:

Bekas pemain boling kebangsaan, Shirley Chow, meninggal dunia di Ipoh, Perak, semalam pada usia 76 tahun selepas menghidap kanser paru-paru.

Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), yang mengesahkan pemergiannya awal hari ini, berkata kematian mendiang merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti sukan boling.

“Chow merupakan tokoh yang disegani dalam sukan boling Malaysia, setelah menyumbang kepada sukan itu sebagai atlet dan jurulatih.

“Dedikasi, minat dan komitmen beliau terhadap sukan boling akan sentiasa dikenang oleh warga boling Malaysia serta semua pihak yang pernah disentuh kehidupannya sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini,” menurut MTBC dalam hantaran di Instagram.

Pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Chow memenangi pingat perak dalam acara beregu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post