

Bekas pemain boling kebangsaan, Shirley Chow, meninggal dunia di Ipoh, Perak, semalam pada usia 76 tahun selepas menghidap kanser paru-paru.
Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), yang mengesahkan pemergiannya awal hari ini, berkata kematian mendiang merupakan satu kehilangan besar kepada komuniti sukan boling.
“Chow merupakan tokoh yang disegani dalam sukan boling Malaysia, setelah menyumbang kepada sukan itu sebagai atlet dan jurulatih.
“Dedikasi, minat dan komitmen beliau terhadap sukan boling akan sentiasa dikenang oleh warga boling Malaysia serta semua pihak yang pernah disentuh kehidupannya sepanjang penglibatan beliau dalam sukan ini,” menurut MTBC dalam hantaran di Instagram.
Pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur, Chow memenangi pingat perak dalam acara beregu…