Kee Kok Thiam dipercayai meninggal dunia kerana sakit mengejut.

PETALING JAYA: Bekas pembantu Low Taek Jho atau terkenal sebagai Jho Low yang memaklumkan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan itu kepada pihak berkuasa Malaysia, meninggal dunia.
Malay Mail dalam laporannya memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengesahkan kematian suspek, Kee Kok Thiam.
“Saya boleh katakan ya, memang dia. Namun, saya tidak dapat mengesahkan perkara lain,” kata sumber SPRM yang dipetik Malay Mail.
Dalam perkembangan berasingan, kematian itu juga disahkan pegawai kanan SPRM, selain disahkan sumber dari Pejabat Peguam Negara.
Kee dipercayai meninggal dunia akibat sakit mengejut.
Sebelum ini, lelaki berusia 56 tahun itu mengesahkan pertemuan dengan Low – dalang utama di sebalik kontroversi 1MDB – dan pelarian dalam buruan lain yang dikaitkan dengan skandal kewangan…