
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan bekas pemegang konsesi Menara Kuala Lumpur untuk menghalang LSH Service Master Sdn Bhd daripada mengambil alih pengendalian kawasan tumpuan pelancong ikonik itu.
Dalam keputusannya, Hakim Roz Mawar Rozain berkata, imbangan kemudahan tidak memihak kepada pemberian injunksi yang dimohon oleh plaintif, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan syarikat induknya, Hydroshoppe Sdn Bhd.
Plaintif menyaman LSH Service Master, LSH Best Builders Sdn Bhd, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan kementeriannya, serta kerajaan Malaysia berhubung pemberian konsesi baharu itu.
Roz Mawar berkata, konsesi MKLSB sepatutnya tamat pada akhir bulan lepas.
Katanya, keterangan di mahkamah tidak memihak kepada pemberian…