
PETALING JAYA: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Stephen Jimbangan mengesahkan belum ada rundingan rasmi berhubung penyertaan pemimpin dan wakil rakyat Bersatu Sabah yang keluar parti semalam.
Bagaimanapun, beliau mengakui pernah membincangkan perkara itu dengan beberapa bekas ahli akar umbi parti, yang setakat ini hanya bersifat cerita di “kedai kopi”.
“Belum ada rundingan rasmi, tetapi saya ada bertemu dengan bekas ahli biasa Bersatu di kedai kopi mengenai perkara ini,” katanya menurut Astro Awani.
Semalam, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor mengumumkan beliau bersama pemimpin Bersatu Sabah lain keluar parti dan akan membentuk parti tempatan baharu.
Katanya, keputusan “sebulat suara” itu dibuat atas dasar status quo yang “tidak boleh dipertahankan lagi” dan demi…