
Bekas pemimpin PAS hari ini gagal dalam usaha terakhirnya mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang menolak permohonannya supaya Majlis Agama Islam Selangor melanjutkan tauliah atau kebenaran mengajar agamanya selepas tempoh sahnya berakhir tiga tahun lalu.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Nordin Hassan menolak permohonan Ahmad Dusuki Abd Rani untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Nordin yang bersidang bersama Hakim Vazeer Alam Mydin Meera dan Hakim Ravinthran Paramaguru berkata tiga persoalan undang-undang yang dikemukakan Dusuki tidak memenuhi ambang ditetapkan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.
Katanya, persoalan berkenaan berasaskan fakta dan tidak membangkitkan isu…