PETALING JAYA: Seorang bekas naib presiden PKR memuji Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bekerja keras menghapuskan pemikiran Malaysia hanya milik satu etnik.
Dr Xavier Jayakumar, yang meninggalkan PKR pada 2021, berkata tugas Anwar membabitkan “usaha psikologi” untuk menghapuskan paradigma ini dalam kalangan pegawai dan pemimpin kerajaan.
“Sejak sekian lama, terdapat pemikiran negara ini milik satu kaum saja,” kata bekas menteri air, tanah dan sumber asli itu.
“Sekiranya kita dapat menghapuskan bias ras dan agama daripada pemikiran pegawai dan pemimpin kerajaan, maka kita boleh menyelesaikan semua masalah dalam negara dengan mudah. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan menerima perkhidmatan kerajaan tanpa diskriminasi.”
Xavier memetik Anwar berulang kali menyatakan “semua anak dari semua kaum dan agama adalah anak saya” sejak…