Saksi Wong Kok Vui @ Michael berkata pembayaran itu sebagai penghargaan penukaran pemberian kontrak kepada syarikatnya.

PETALING JAYA: Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah berkata beliau memberikan wang kepada pengarah agensi berkenaan ketika itu, Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib, RM1.35 juta setahun, bermula 2004 hingga 2015.
Katanya, tindakan itu sebagai tukaran diberikan kontrak kepada syarikatnya.
Wong Kok Vui @ Michael, 69, memberitahu Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, bahawa beliau mula membayar wang tersebut sebagai tanda “terima kasih” selepas Tahir dilantik sebagai pengarah agensi itu, pada 2003.
Menurut The Borneo Post, Wong berkata, pembayaran dibuat tiga kali setahun dengan setiap pembayaran melibatkan RM450,000, dan dianggarkan telah membayar Tahir sekitar RM16.2…