Hot FM

Bekas pengarah perladangan KLK mangsa nahas helikopter di Kalimantan Barat


helikopter terhempas
Lapan orang termasuk Patrick Kee Chuan Peng maut dalam nahas helikopter Airbus H130 di Kalimantan Barat di Indonesia, Khamis lalu. (Gambar X)
PETALING JAYA:

Patrick Kee Chuan Peng, rakyat Malaysia terkorban dalam nahas helikopter Airbus H130 di Kalimantan Barat di Indonesia, Khamis lalu adalah bekas pengarah perladangan Kumpulan Kuala Lumpur Kepong (KLK) Berhad.

Perkara itu dikongsi Ahli Parlimen Tangga Batu Bakri Jamaluddin yang menzahirkan rasa sedih atas pemergian Kee, yang disifatkannya sebagai seorang pemimpin dihormati.

“Saya berpeluang berkhidmat di bawah kepimpinan beliau semasa di Kuala Lumpur Kepong Berhad.

“Beliau seorang pemimpin dihormati yang dedikasi, kebijaksanaan dan komitmennya memberi kesan mendalam kepada ramai yang pernah bekerja dengannya,” katanya di Facebook sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kenalan mendiang.

Ucapan takziah di atas pemergian Patrick Kee Chuan Peng di Facebook. (Gambar Facebook)

Sementara itu, Timbalan Operasi dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version