
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan menerima wang hasil daripada kegiatan haram berjumlah lebih RM116 juta.
Bagi empat tuduhan, Ang Jen Chuen, 33, didakwa sebagai pengarah Syarikat Pixelvest Sdn Bhd (semasa kejadian), menerima wang hasil daripada kegiatan haram berjumlah RM116,430,812.43 yang dimasukkan ke dalam tiga akaun bank milik syarikat tertuduh.
Kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Berhad Kota Damansara, Affin Hwang Investment Bank Berhad Cawangan Taman Midah, Cheras, dan AmInvestment Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, antara 1 Dis 2020 hingga 7 Julai 2022.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan mengikut Perenggan 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla), dan boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta…