
PUTRAJAYA: Mahkamah Tinggi diberitahu bekas pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh, tidak berpuas hati dengan pengalihan wang berjumlah USD700 juta daripada dana syarikat pelaburan strategik negara itu pada 2009.
Bekas pegawai penyiasat, R Rajagopal, dalam keterangan berkata Bakke menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai pengalihan dana tersebut semasa kenyataannya direkodkan sebagai sebahagian daripada siasatan skandal kewangan 1MDB.
Rajagopal, yang merupakan bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, berkata demikian ketika disoal peguam utama Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah, dalam perbicaraan bekas perdana menteri itu atas dakwaan penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion.
“Beliau (Bakke) menyatakan bahawa beliau dan lembaga pengarah tidak berpuas hati dengan…