Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bekas Pengerusi Bernama Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia

today30 January 2022

Background



Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini hari ini akibat serangan jantung.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini hari ini.

Pengerusi Bernama yang ke-10 itu meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang akibat serangan jantung pada usia 75 tahun.

Berita pemergian Abdul Rahman dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham Diana Sulamazra kepada Bernama, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Maznah Adam dan tiga orang anak.

Abdul Rahman yang merupakan anak kelahiran Parit Buntar, Perak, memulakan kerjaya sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1966, sebelum menyertai Bernama selaku Wartawan Kanan pada 1971.

Antara tahun 1971 hingga 1995, beliau pernah menjadi Ketua Biro Johor, koresponden bagi Thailand dan Indo-China, Ketua Penyunting, Ketua Pengarang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Diaz milik Liverpool

Liverpool: Liverpool menandatangani pemain sayap Porto dan Colombia, Luis Diaz melalui perjanjian jangka panjang, selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengumumkannya hari ini.

today30 January 2022