Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bekas Personaliti TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November Lalu – “Pengadu Mendapati Keadaan Rumah Tak Tersusun”

today19 July 2022

Background

Bekas personaliti TV3, Zalina Azman atau nama sebenarnya, Zalina Shaharah Azman, 58, dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mereka menerima laporan keluarga bekas pengacara Anugerah Juara Lagu itu berhubung kehilangannya pada 29 November 2021.

“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pihak polis telah membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bermula semalam bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post